Bisikkan Cinta

Bagaikan malam sepi tiada berbintang
Begitulah hidupku tanpa dirimu
Bagaikan bunga bunga kering dan layu
Begitulah hatiku tanpa cintamu Begitulah dalamnya kasihku sayang
Bagaikan lilin cinta hangat menyala
Aku rela terbakar demi kerananya
Andainya kan terpisah irama cinta
Akan sepilah juga hidupku ini
Terbiarlah diriku dalam kekosongan
Tiada kata kata seindah cinta
Yang dapat ku nyatakan gelora jiwa
Hanya sekadar bisikan suara cinta
Engkaulah kekasih yang diriku sayangi
Engkaulah permata didalam hidup ini
Bagiku kau segalanya
Memberi seribu harapan
Tanpa kasih sayangmu
Aku rasa terbuang
Sewaktu aku sendiri tiada berteman
Engkau pun hadir dengan penuh senyuman
Sewaktu ku terbiar dalam derita
Kau bagai bintang yang menyinarku
Menlenyapkan segala kedukaanku
Kaulah kekasih ku hingga keakhirnya...

SyaSya

Bahayanya LIDAH..

  • Mengucapkan sesuatu yang tidak berfaedah. Nabi Muhamad SAW bersabda maksudnya ;sebahagian daripada bukti keelokkan Islam seseorang itu adalah dengan meninggalkan perkara perkara yang tidak berfaedah..
  • Berbicara perkara perkara yang batil.Contohnya membicarakan tentang maksiat dan bermegah-megah
  • Bercakap secara membuta tuli.Tentang ini Nabi SAW menyatakan orang yang paling dibenci dan jauh tempatnya dari baginda pada hari kiamat kelak ialah orang yang banyak bercakap tapi tidak tentu arah kerana ia tidak berfikir sebelum bercakap.
  • Memaki dan bercakap kotor .sebab berlakunya perangai buruk ini ,yakni memperkatakan sesuatu yang kotor dengan penyampaian yang tidak beselindung seperti melibatkan soal jimak (hubungan seks) dan perkara perkara lucah lainnya, ini menjadi cerminan rendahnya ahlak orang yang suka mendengar dan memperkatakannya. Nabi SAW bersabda : maksudnya: "bukanlah beriman orang yang suka mencela, mengutuk, mengeji dan bercakap kotor"
  • Nyanyian; tentang ini Nabi SAW telah memperingatkan melalui sebuah hadis , maksudnya : “nyanyian akan menumbuhkan kemunafikan (nifaq) didalam hati manusia sebagaimana air menumbuhkan sayur sayuran”
  • Bergurau. Tidak berdosa selagi gurauan itu tidak melampaui batas batas yang dibenarkan oleh syarak…contohnya bergurau seketika sekadar untuk menghilangkan kebosanan tapi tidak terkeluar dari memperkatakan kebenaran…banyak bergurau paada umumnya akan mengurangkan ketenangan dan boleh menumbuhkan kedengkian.
  • Mengejek atau memperolok –olokkan seseorang. Sama ada untuk gurauan ataupun kemarahan. Perbuatan ini bukan sahaja akan menyakiti hati orang yang diejek malahan besar kemungkinan akan mejurus pada permusuhan sesama insan.
  • Mengumpat .Takrif mengumpat yakni memperkatakan seseorang dibelakangnya perkara perkara yang dibencinya.termasuk didalam kategori mengumpat adalah dengan memperkatakan aib tubuh badannya,keturunannya,akhlaknya dan pakaiannya. Semua ucapan yang bertujuan berbentuk penghinaan kepada orang yang tidak hadir semasa memperkatakan hal tersebut dinamakan mengumpat. Dosa mengumpat bukan sahaja diperoleh orang yang mengumpat bahkan orang yang mendengarnya juga beroleh dosa selama ia tidak menghentikan atau menolak umpatan tersebut.. Nabi Muhamad s,a,w pernah bersabda, maksudnya "mahukah kamu memakan daging saudaramu yang telah mati" begitulah perumpamaan betapa kejinya perbuatan mengumpat itu dan amat dilarang didalam islam. Dan besar pula dosanya. Tidak kurang juga jumlah manusia yang sering mengumpat didalam hati.mengumpat didalam hati yang dimaksudkan disini adalah berprasangka buruk terhada sesama muslim.kita diwajibkan berprasangka baik sesama muslim.akibat dari berprasangka buruk ini banyak sekali diantaranya iri hati ,hasad dengki dan sebagainya….

Masih Jelas


Beralih musim ke musim
Hati tetap serupa
Tiada yang berubah
Dari hari dikau pergi
Dikau pergi

Penjara.. hidup ini penjara
Tanpa ada simpati
Kepada sang kekasih
Yang dilanda, yang dilanda Kehilangan..

Masih jelas setiap garisan halus
Bila senyuman kau ukirkan untukku
Masih jelas setiap lekuk penjuru
Menghiasi wajahmu
Waktu kau renung aku
Ratib sendu..Ratib sendu bergetar dalam kalbu
Hingga menitis linang
Dari kelopak mata
Keranaku keranamu dipisahkan

Sudah suratan takdir begini
Segalanya sementara
Selagi hayat masih ada
Kau bertakhta di hatiku

Lagu Untuk Mu

Terkapar-kapar ku kelemasan
Sakit dilambung ombak kerinduan
Di dalam tidur di dalam jaga
Diburu oleh mimpi yang serupa
Mengapa aku jadi tak menentu.......Keranamu...
Ku menyusuri jalan berliku
Membiarkan hari-hari berlalu
Tiada salam tiada pesan
Memaksa diri untuk melupakan...... Namun wajahmu bermain di mata ku.....Tiap waktu...
Malam ku suram,siang ku kelam
Ku kegelisahan, mencari-cari... Kemana pergi, HARGA DIRI ini
Bertanyakan berita, merisik khabar
Mendengar cerita, melaluinya...... Kau kuhampiri, tiap hari...........
Bersama luka dihati......