- Mengucapkan sesuatu yang tidak berfaedah. Nabi Muhamad SAW bersabda maksudnya ;sebahagian daripada bukti keelokkan Islam seseorang itu adalah dengan meninggalkan perkara perkara yang tidak berfaedah..
- Berbicara perkara perkara yang batil.Contohnya membicarakan tentang maksiat dan bermegah-megah
- Bercakap secara membuta tuli.Tentang ini Nabi SAW menyatakan orang yang paling dibenci dan jauh tempatnya dari baginda pada hari kiamat kelak ialah orang yang banyak bercakap tapi tidak tentu arah kerana ia tidak berfikir sebelum bercakap.
- Memaki dan bercakap kotor .sebab berlakunya perangai buruk ini ,yakni memperkatakan sesuatu yang kotor dengan penyampaian yang tidak beselindung seperti melibatkan soal jimak (hubungan seks) dan perkara perkara lucah lainnya, ini menjadi cerminan rendahnya ahlak orang yang suka mendengar dan memperkatakannya. Nabi SAW bersabda : maksudnya: "bukanlah beriman orang yang suka mencela, mengutuk, mengeji dan bercakap kotor"
- Nyanyian; tentang ini Nabi SAW telah memperingatkan melalui sebuah hadis , maksudnya : “nyanyian akan menumbuhkan kemunafikan (nifaq) didalam hati manusia sebagaimana air menumbuhkan sayur sayuran”
- Bergurau. Tidak berdosa selagi gurauan itu tidak melampaui batas batas yang dibenarkan oleh syarak…contohnya bergurau seketika sekadar untuk menghilangkan kebosanan tapi tidak terkeluar dari memperkatakan kebenaran…banyak bergurau paada umumnya akan mengurangkan ketenangan dan boleh menumbuhkan kedengkian.
- Mengejek atau memperolok –olokkan seseorang. Sama ada untuk gurauan ataupun kemarahan. Perbuatan ini bukan sahaja akan menyakiti hati orang yang diejek malahan besar kemungkinan akan mejurus pada permusuhan sesama insan.
- Mengumpat .Takrif mengumpat yakni memperkatakan seseorang dibelakangnya perkara perkara yang dibencinya.termasuk didalam kategori mengumpat adalah dengan memperkatakan aib tubuh badannya,keturunannya,akhlaknya dan pakaiannya. Semua ucapan yang bertujuan berbentuk penghinaan kepada orang yang tidak hadir semasa memperkatakan hal tersebut dinamakan mengumpat. Dosa mengumpat bukan sahaja diperoleh orang yang mengumpat bahkan orang yang mendengarnya juga beroleh dosa selama ia tidak menghentikan atau menolak umpatan tersebut.. Nabi Muhamad s,a,w pernah bersabda, maksudnya "mahukah kamu memakan daging saudaramu yang telah mati" begitulah perumpamaan betapa kejinya perbuatan mengumpat itu dan amat dilarang didalam islam. Dan besar pula dosanya. Tidak kurang juga jumlah manusia yang sering mengumpat didalam hati.mengumpat didalam hati yang dimaksudkan disini adalah berprasangka buruk terhada sesama muslim.kita diwajibkan berprasangka baik sesama muslim.akibat dari berprasangka buruk ini banyak sekali diantaranya iri hati ,hasad dengki dan sebagainya….
Kepentingan Air Pada Tubuh Badan
6 years ago


0 comments:
Post a Comment