CAHAYA AIDIL FITRI

Keseronokkan di pagi Syawal tidak tergambar dengan kata-kata, semuanya indah dan berseri-seri dengan hadirnya orang baru yang cute dan comel....Putri Nur Syasya.
Kelahiran putri kedua memberi seribu makna dan menambat erat kasih sayang kami sekeluarga.
Walaupun kami meraikan Syawal dengan kesederhanaan tapi keriangan mesti diutamakan.Lihat cahaya di mata syasya yang bulat seakan-akan mengerti bahawa ini adalah hari untuk bergembira dan hari untuk bersuka ria.
Selepas solat Hari Raya aku sekeluarga berangkat ke rumah mak mertua yang berada di Shah Alam.Tak banyak kenderaan kerana kebanyakkan mereka yang duduk di bandar sudah pun berada di kampung halaman masing-masing.Ini adalah tahun kedua aku aku beraya rumah mertua dahulu kemudian baru pulang kekampung.
Selepas bersalaman dan bermaafan di pagi raya aku mula pulang kekampung.Tapi kali ni berlainan destinasinya...aku cuma balik N.Sembilan aje..rumah mak dan kakak. Tahun ni kalau ada cuti panjang lagi baru aku akan pulang ke Muar, Johor...rumah mak gak....ramainya mak.....
Sepanjang perjalanan pulang ke kampung pun syasya tidak banyak meragam..senang di jaga.Alhamdulillah..selamat sampai ke kampung pada petang raya pertama.

Bawalah Ku Bersama Mu

Bawalah Ku Bersama Mu
Kini kau kembali
Menegur hatiku
Membuatku tertanya
Apakah niatmu

Mungkinkah duka dulu,
Berulang rindu
Ukiran kesalanmu
Mengubah fikirku

Sentuhan jejarimu
Mewujudkan pasti
Asmara kembali semula

Bawalah ku bersamamu
Bawalah cinta ini
Ke hujung dunia
Ke akhir usia

Bawaku bersamamu
Menempuhi segala
Dugaan asmara
Kerana percintaan suci
Membawa ke syurga

Cintamu Ku genggami
Subur di dasar hati
Pastinya
Mekar selamanya

Oh indahnya
Saat ini tak dapat kulupakan
Semoga
Kekal ke akhirnya

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

Berakhir sudah RAMADHAN bulan yang mulia dan menjelma kembali SYAWAL yang dinanti-nanti.
Semoga Ramadhan ini memberi keberkatan dan rahmat InsyaAllah...
Semoga Syawal ini memberi kegembiraan InsyaAllah...
Moga menjadi manusia yang soleh/solehah InsyaAllah...
Hati-hati bila pulang ke kampung... InsyaAllah...
Ingatlah Allah selalu...
Jaga diri dan hiasi peribadi InsyaAllah...
Seperti sebuah perjalanan hidup,
semua yang telah terjadi tak mungkin terulang.
Semua yang pernah terucap pun pasti berbekas..
hanya doa ku..semoga setiap kesalahan yang kulakukan diampuni oleh Nya

Ampun dan maaf andainya aku ini

Tersilap bicara semasa bersama
Termarah yang tak kena tempatnya
Tertanya tak tentu hala
Tersasul yang tak sengaja
Terpukul kat mana-mana
Terpekik kuat di telinga
Terhantuk terketuk di kepala
Terpinjam terambil harta & benda
Termoody tak semena-mena
Terumpat bila ada cerita
Teremail benda yang tak sepatutnya kau terima
Termacam-macam yang kena-mengena.. ,,
Di hari yang mulia sepuluh jari ku hulurkan semua Memohon kemaafan atas segala dosa yang ada Kerana aku masih bernama manusia Pastinya tak lepas membuat dosa semoga dimaafkan

Salam Aidil Fitri Maaf zahir & Batin

Erti......CINTA

Masalah cinta adalah masalah hati, ia berkaitan dengan perasaan yang terdalam dari diri manusia. Tidaklah mengherankan jika cinta itu mempunyai pengertian dan penanaman yang beragam, tergantung pada siapa dan apa yang dirasakan oleh seseorang serta bagaimana ia mengekspresikan perasaan cinta tersebut, secara tidak langsung cinta adalah paduan simpati antara dua makhluk. Rasa simpati ini tidak hanya berkembang antara lelaki dan wanita, akan tetapi ia juga antara lelaki dengan lelaki atau wanita dengan wanita, contohnya yaitu hubungan cinta kasih antara seorang ayah dengan anak laki-lakinya, dan antara seorang ibu dengan anak gadisnya Cinta sangat erat hubungannya dengan manusia, tiada seorangpun di dunia ini yang tak pernah merasakan cinta seluruh umat manusia dipenuhi oleh cinta. Saat sekarang ini pun banyak orang-orang yang tak henti-hentinya menonton tentang kisah cinta, juga banyak orang-orang yang mendengarkan tentang lagu-lagu cinta yang apabila didengarkan oleh para pencinta begitu indah persaannya dan juga sebaliknya.
Adapun beberapa pengertian cinta menurut Al-Quran :
,
Cinta Mawaddah adalah cinta yang menggebu atau membara. Orang yang memiliki cinta ini maunya selalu berdua, enggan berpisah dan selalu ingin memuasakn dahaga cintanya ia ingin memonopoli cintanya dan hampir tidak bisa berpikir lain.

Cinta Rahmah adalah jenis cinta yang penuh dengan kasih sayang, lembut, siap berkorban, dan siap melindungi. Orang yang memiliki cinta jenis ini lebih memperhatikan orang yang dicintainya, baginya adalah kebahagiaan sang kekasih meski untuk itu dia harus menderita

Cinta Syaghaf adalah cinta yang sangat mendalam, alami, orisinil, dan memabukkan orang yang terserang cinta cinta jenis ini bisa seperti orang gila, lupa diri dan hampir-hampir tak menyadari apa yang dilakukan, seperti kisah cintanya Zulaikha kepada Nabi Yusuf A.s.

Cinta Shobwah adalah cinta buta, cinta yang mendorong prilaku menyimpang tanpa sanggup mengelak.

Cinta itu fitrah.Bila Nabi Adam dicipta, baginda rasa kesunyian. Allah ciptakan Hawa sebagai peneman. Rasa ingin disayanagi dan menyayangi tu fitrah manusia. Yang perempuan minat pada seorang lelaki. Ada lelaki jatuh cinta pada seorang wanita. Cinta itu benar dan suci......

Lagu kakak 1234

Satu... kasih yg abadi
Tiada tandingi dia yang satu
Dua... sayang berpanjangan
Membawa ke syurga kasihnya ibu
Tiga... lapar dan dahaga
Rela berpayahan setianya ayah
Empat... mudah kau ketemu
Berhati selalu beza antara
Kasih dan kekasih
Ibu kuingat dahulu
Menyisir rambut ku kemas selalu
Ayah menghantar ke sekolah
Bergunalah ilmu bila dewasa
Sayang dengar lagu ini
Untuk kau sandarkan buat pedoman
Jangan manis terus ditelan
Pahit terus dibuang... itu bidalan
Harus kau renungkan
Lagu ni selalu aku dengar waktu dahulu dan pernah menyentuh hati dan perasaan bila baris-baris lagu ditelitikan.Lagu yang menyentuh keharmonian dan penuh dengan kasih sayang dan ungkapannya penuh pengajaran.Kini....aku dengar lagi dan dengar lagi.Hari-hari ianya dinyanyikan oleh anak COMEL aku...Putri Nur Anis Shaqira atau panggil manjanya kakak manis.
Seawal umur 5 tahun dia telah diajar dan dididik oleh guru sekolahnya tentang pentingnya perhubungan kekeluargaan dan kasih sayang.
KELUARGA BAHAGIA ADALAH KELUARGA YANG MEMAHAMI ERTI KASIH SAYANG......

Anak.. Satu Anugerah

Beberapa artikel yang aku baca banyak menceritakan, pada satu peringkat perkembangan anak, mereka mula belajar untuk mengenal perubahan dalam diri mereka. Mereka belajar erti marah, sedih, kecewa, gembira dan sebagainya. Mereka TIDAK TAHU bagaimana untuk mengendalikan semua perasaan tersebut. Adakala mereka akan menjerit, bergaduh, memukul, menendang dan seribu satu ragam yang boleh buat hati seorang ibu hilang sabar. Sebab itulah, yang bernama ibu itu perlu sentiasa bertenang, sabar dan berfikiran jauh dengan ilmu yang pasti.
Ajar mereka bagaimana mengendalikan perasaan yang tidak baik. Bukan memarahi dan memukul. Akhirnya mereka juga akan jadi pemarah dan suka bergaduh.

Ajar mereka bersabar dan berbudi bahasa. Akhirnya mereka akan belajar tentang harga diri.

Ajar mereka tentang dosa dan pahala. Akhirnya mereka akan sedar pentingnya mengutamakan kehendak Yang Esa.

Ajar mereka berkasih sayang. Akhirnya mereka akan membesar sebagai seorang yang cemerlang akhlaknya.

Bukankah itu yang diharapkan oleh ibu bapa kepada anaknya? Anak soleh itu perlu dibentuk sebelum dia terbentuk di alam rahim. Anak soleh itu hadir dari pelukan dan kasih sayang yang dipandu iman.
Anak

Anugerah Tuhan
Untuk kita didik menjadi insan
Bukan sekadar sebagai hiasan

Anak
Begitu tinggi harapan ibu ayah
Supaya dewasa berdiri gagah
Dengan ilmu serta ibadah

Anak
Jangan sekali kau lupa jasa ibu ayah
Yang membesarkan mu dengan lelah
Bersama doa-doa kesejahteraan
Agar hidup mu nanti sentiasa dibawah rahmat Tuhan

Hari UPSR

Setiap tahun pelajar UPSR dahulu yang akan menghadapi medan penguji tahap pengetahuan mereka setelah 6 tahun berada di sekolah kebangsaan. Bagi aku sendiri, sekolah kebangsaan merupakan satu asas dan persediaan bagi menghadapi cabaran yang lebih mencabar dan menarik di sekolah menengah kebangsaan. Untuk semua pelajar yang bakal menduduki peperiksaan UPSR tahun ini, aku ucapakan selamat bersedia dan selamat berjaya.  Anak sahabat dan kenalan.....Selamat menduduki peperiksaan UPSR. Semoga kalian semua tenang dan dipermudahkan untuk semua ujian dan dengan persediaan dan keyakinan pada diri sendiri, pasti boleh mencapai apa sahaja yang kalian inginkan.

Satu dalam kenangan

sayang di hari yg mulai ini
ku pohon keampunan
hanya satu yg ku pinta

pulanglah...

Termenung ku sendiri
Memendam rindu tidak menentu
Kasih suci murni yang kita bina
Hapus hancur oleh kata fitnah
,
Di pagi hari raya
Hati sayu mengenang dirimu
Mudahnya kau menggantikan diriku
Seolah cintaku tak berharga
Apakah suratan
Aidilfitri suatu titik akhir
Sekian lama bercinta
Kau tiada di hari mulia

Keampunan ku pohon
Sekiranya aku yang berdosa
Pulanglah ku merindui mu sayang
Ku menanti dengan hati rela

Apakah suratan
Aidilfitri sati titik akhir
Sekian lama bercinta
Kau tiada di hari mulia

Keampunan ku pohon
Sekiranya aku yang berdosa
Pulanglah ku merindui mu sayang
Ku menanti dengan jiwa raga
Pulanglah kepangkuan ku oh sayang
Ku menunggu mu di hari raya

Ini semua dalam kenangan.... Bila dekat nak raya jer aku tak mis dengar lagu dendangan Aishah ni....bukan apa ada kenangan disebalik setiap bibit lagu ni.Sedih pilu semua ada.Alahhh tu semua dulu masa aku belum bertemu cinta nan sejati ....sekarang ni walaupun lagu tu dah lama berlalu....aku still setia mendengarnya tapi tak bermakna aku masih cinta akan dia.Cinta ku hanya pada yang Satu untuk selamanya....dan cinta aku pada dia hingga ke akhir hayat...

Happy Birthday KZ

04-Sept'2009........HAPPY BIRTHDAY .........
Hari ni seingat aku adalah hari ulang tahun untuk K & Z.....eeeemmmmmmmmm sekejap sahaja masa berlalu.K semakin cute dan Z nampak semakin hensome....kata ayahnya, ialah..sapa pulak si ibu dan ayahnya....masing2 ada rupa so taklah heran kalau anak pun sama.
Tak de tanda mata atau hadiah yang berharga dapat aku berikan cuma ku mampu panjatkan doa mengiringi perjalanan hidupnya.
K&Z...

  • Semoga membesarmu penuh dengan kasih sayang....
  • Semoga besarmu jadi insan yang berguna...
  • Semoga perbuatan dan tingkahmu menyejuk mata hati ibu dan ayah....
  • Semoga perjalannan hidup mu sentiasa mendapat barkah....
  • Semoga rezeki mu sentiasa di limpah.......
  • Semoga kebijaksanaan mu menjadi pelindung maruah...
  • Semoga setiap langkah sentiasa dilindungi dan di redha.....

Amin...

Biarlah Rahsia....

Hari ni aku gi keje eemmmmmm happy sangat.lama dah aku tunggu saat ni, akhirnya doa aku dimakbulkan tuhan.Alhamdulillah...syukur.....Sebenarnya aku berpegang pada falsafah yang menyatakan" kita hendaklah selalu berdoa kerana apabila sesaorang itu sering berdoa dia telah mendekatkan diri dengan tuhan " dan tuhan yang Esa maha mengetahui apa yang tersirat dan tersurat di dalam hati setiap ciptaannya. Aku terima setiap dugaan dan cabaran dan ini semua telah menyedarkanku yang kekadang alpa bahawa Dia mengasihi setiap Hambanya. Biarlah aku saja yang mengetahui dan melaluinya.........' bukalah pintu hatinya dan aku sayang padanya '. Bagaimana nak ku gambarkan kegirangan aku ini. Dengan senyuman....atau ketawa hahahaha...atau..... Aku perlu bersujud syukur.....itulah yang seelok-eloknya dan lebih afdal. Apa pun hanya kau dan DIA saja yang mengetahui........