CAHAYA AIDIL FITRI

Keseronokkan di pagi Syawal tidak tergambar dengan kata-kata, semuanya indah dan berseri-seri dengan hadirnya orang baru yang cute dan comel....Putri Nur Syasya.
Kelahiran putri kedua memberi seribu makna dan menambat erat kasih sayang kami sekeluarga.
Walaupun kami meraikan Syawal dengan kesederhanaan tapi keriangan mesti diutamakan.Lihat cahaya di mata syasya yang bulat seakan-akan mengerti bahawa ini adalah hari untuk bergembira dan hari untuk bersuka ria.
Selepas solat Hari Raya aku sekeluarga berangkat ke rumah mak mertua yang berada di Shah Alam.Tak banyak kenderaan kerana kebanyakkan mereka yang duduk di bandar sudah pun berada di kampung halaman masing-masing.Ini adalah tahun kedua aku aku beraya rumah mertua dahulu kemudian baru pulang kekampung.
Selepas bersalaman dan bermaafan di pagi raya aku mula pulang kekampung.Tapi kali ni berlainan destinasinya...aku cuma balik N.Sembilan aje..rumah mak dan kakak. Tahun ni kalau ada cuti panjang lagi baru aku akan pulang ke Muar, Johor...rumah mak gak....ramainya mak.....
Sepanjang perjalanan pulang ke kampung pun syasya tidak banyak meragam..senang di jaga.Alhamdulillah..selamat sampai ke kampung pada petang raya pertama.

0 comments:

Post a Comment