HaPPy BirTHdAY frENz......

You're always a pleasure
You've been from the start
In my life you'll always
Be an important part

I value our relationship
And think it's the best
With you in my life
I am truly blessed

Life isn't perfect
And neither are we
But I'll have to say
You're as close as could be

Whether we're together
Or we're far apart
You know that you're someone
Who's close to my heart

I like your eyes
I like your smile
I like your gaze
I like your honest
I like your cariying
I like you as well

PeLAnGi PeTAnG



Kumeniti awan yang kelabu
Kutempuhi lorong yang berliku
Mencari sinar yang menerangi
Kegelapanku

Kupercaya pasti suatu masa
Sang suria kan menyinar jua
Membawa harapan yang menggunung
Bersamanya...

Engkau tiba bagaikan pelangi
Tak bercahya namun kau berseri
Tapi cukup menghiburkan
Hati ini

Seharian waktu bersamamu
Tak terasa saat yang berlalu
Bagai pelangi petang kau kan pasti
Pergi jua...

Di dalam sepi itu

Serasa diri ini
Terpinggir di batas nan sepi
Tak sesiapa menemani

Di dalam sepi itu
Kembali ku mengingati mu
Lalu hati jadi rindu

Aku terperangkap dalam diri
Aku terpedaya oleh mimpi
Aku dikejari bayang-bayang
Keterpaksaan menyiksakan

Lama ruang hati kekosongan
Lama ku menangis sendirian
Lamam hanyalah hitungan masa
Tak terluntur kenangan indah
Di antara kita

Di dalam sepi itu
Bertakhta bayangan dirimu
Mencengkam sanubariku

Dari yang tersayang....



Nora ,

Di redup senja ku terkenang dikau
Wajahmu menjelma dalam hatiku
Terciptalah lagu yang indah
Lukisan hati

Kerlipan bintang-bintang
Di malam sunyi
Matamu menyinarkan
Cahaya kasih murni
Desiran daun-daun
Di angin senja
Suaraku nan beralun
Membisikkan padanya

Nora...
Mustika hati ooo dewi Nora...
Permata dalam hidupku Nora...
Mengharum dalam jiwa
Sambutlah laguku untukmu
Desiran daun-daun
Di angin senja
Suaraku nan beralun
Membisikkan padanya

Nora... Mustika hati ooooo dewi
Nora... Permata dalam hidupku Oooo
Nora... Mengharum dalam jiwa

Sambutlah laguku untukmu

Ada beza sahabat dan kawan????????


Erti persahabatan tak pernah lupus dalam jiwaku, meskipun nilai – nilainya pudar dibawa arus masa. Dalam dunia ini, kita tidak punya sesiapa kecuali diri sendiri…tetapi dalam kita bersendiri, kita beruntung kerana mempunyai seorang sahabat yang memahami kita. Sebagaimana kita mengharapkan keikhlasan dan kejujuran seorang sahabat, begitu juga dia.

Tetapi kita sering terlupa akan hal itu. Kita cuma mengambil kira tentang harapan dan perasaan kita.Kita rasa dikhianati bila dia tidak menepati janjinya. Kita tidak memberi dia peluang untuk menerangkan keadaannya. Bagi kita, itu alasannya untuk menutup kesilapan dan membela diri. Kita terlupa, kita juga pernah membiarkan dia ternanti-nanti…kerana kita juga ada janji yang tidak ditepati. Kita beri beribu alasan, ‘memaksa’ dia menerima alasan kita. Waktu itu, terfikirkah kita tentang perasaannya? Seperti, dia juga tahu rasa kecewa…tetapi kita sering terlupa.

Untungnya mempunyai seorang kawan yang sentiasa di sisi kita pada waktu kita memerlukan dia. Dia mendengar luahan perasaan kita, segala rasa kecewa dan ketakutan, harapan dan impian kita luahkan, dia memberi jalan sebagai laluan penyelesaian masalah.

Selalunya kita terlalu asyik bercerita tentang diri kita hingga kadang-kadang terlupa kawan kita juga ada cerita yang ingin dikongsi bersama kita. Pernahkah kita memberi dia peluang untuk menceritakan tentang rasa bimbangnya, rasa takutnya? Pernahkah kita menenangkan dia sebagaimana dia pernah menyabarkan kita?

Ikhlaskah kita mendengar tentang kejayaan dan berita gembiranya? Mampukah kita menjadi sumber kekuatannya seperti mana dia meniup semangat setiap kali kita merasa kecewa dan menyerah kalah? Dapatkah kita yakinkan dia bahawa kita boleh dipercayai, kita boleh dijadikan tempat untuk bersandar bila terasa lemah, agar tidak rebah? Bolehkah kita menjadi bahu untuk dia sandarkan harapan?

Sesekali jadilah kawan yang mendengar dari yang hanya bercerita. Ambillah masa untuk memahami hati dan perasaan sahabat kita, kerana dia juga seorang manusia, dia juga ada rasa takut, ada rasa…bimbang, sedih dan kecewa. Dia juga ada kelemahan dan dia juga perlukan kawan sebagai kekuatan. Jadilah kita kawannya itu. Kita selalu melihat dia ketawa, tetapi mungkin sebenarnya dia tidak setabah yang kita sangka. Di sebalik senyumannya itu, mungkin banyak cerita sedih yang ingin diluahkan, di sebalik ketenangannya, mungkin tersimpan seribu kekalutan…kita tidak tahu…tetapi jika kita cuba jadi sahabat seperti dia, mungkin kita akan tahu.

Jika anda bersahabat, bersiaplah untuk berkorban demi sahabat anda. Jika anda bermusuhan dengan sahabat anda, bersiaplah untuk mengalah demi persahabatan kalian. Rasa hormat tidak selalu membawa kepada persahabatan, tetapi persahabatan tidak akan ada tanpa rasa hormat. Ini merupakan salah satu hal yg membuatkan sesuatu persahabatan itu lebih berharga daripada cinta.

,

“sahabat yang baik susah dicari lebih sukar untuk ditinggalkan & mustahil untuk dilupakan”

Happy Birthday Ady Putra

SELAMAT HARI JADI SAYANG....

Hari ini adalah hari ulang tahun anak sulong aku..Ady.15 tahun dia sekarang dan dia semakin membesar dan gagah...(Anak Bujang).
Hensome ke anak ibu ni...ntah lah tak nak komenlah pasal muka dia pun dah mula naik jerawat.Biasalah anak lelaki mana pandai sangat menjaga muka lagi2 usia meningkat remaja ni, dah dibelikan abahnya bermacam-macam produk...hampeh... cam tu gak.Tak kisah lah...pandailah dia bila lagi besar nanti.

Along....
Tiada hadiah yang special sangat pun yang dapat ibu berikan sempena hari ulang tahun along yang ke15 ni... Ibu bersyukur kepadanya kerna telah dikurniakan anak seperti along.Ibu boleh berbangga dengan along seperti ibu-ibu lain yang merasa bangga dengan anak mereka.
Ingatlah dan jadikan pedoman dan panduan segala nasihat yang tidak jemu-jemu ibu curahkan untuk dibawa bersama dalam langkah-langkah menyusur kehidupan mencabar.
Renungkanlah:
1-Jangan suka meninggi suara atau mengherdik adik-adik kerana dia adalah saudaramu dan hartamu yang tiada ternilai harganya walaupun ibu masih ada. Berilah nasihat yang berguna agar dia dapat membantumu suatu hari nanti.
2-Jangan suka menipu orang lain ataupun diri sendiri kecuali menipu itu untuk kebaikkan.
3-Selalu menghormati dan menghargai orang lain dan kita juga akan dapat merasai di hormati dan di hargai suatu hari nanti.
4-Berpegang pada janji dan jagalah sentiasa segala kepercayaan yang orang lain berikan kerana setiap kepercayaan yang diberi itu adalah penghormatan.
5-Jangan suka bangkitkan kemarahan orang kerana kemarahan punca kebencian.
6-Jangan pandang rendah pada kelemahan kita tapi renungkan dan jadikan kelemahan yang kita ada itu untuk kita lebih berusaha.
7-Hargai segala kasih sayang yang kita ada kerana hidup dengan kasih sayang buatkan kita bahagia.

KASIH SAYANG SEORANG IBU TIADA TERNILAI HARGANYA...

Tidak boleh dinilai dengan kata-kata
Tidak boleh dinilai dengan harta
Tidak boleh dinilai dengan air mata

MEMBERI KETENANGAN DAN KEBAHAGIAAN DI MATA IBU....AKAN MEMBERI KITA KEBAHGIAAN DAN KETENANGAN HINGGA HUJUNG NYAWA.

Hari PMR Untuk Anak Tersayang

Hari ini adalah hari yang bakal mengisi sejarah hidup anak sulong aku...Ady Putra. Setelah dia berjuang untuk menempatkan diri dalam golongan pelajar pintar pada UPSR lalu, kini dia melangkah ke destinasi baru, platform untuk dia menapak lebih maju kedepan untuk lebih cemerlang.,
Terlalu awal untuk dia memikirkan masa depan, namun inilah masanya aku perlu mengisi setiap ruang minda dan fikirannya, mengasuh dan mengasah dia agar berjaya. Aku sering menyuntik semangat agar terbuka minda dia untuk mula memikirkan INILAH SAATNYA DAN INILAH AWALNYA SEJARAH UNTUK MENCIPTA KEJAYAAN.
Ady Putra...kesayangan ibu....
Ingatlah setiap butir-butir kata ibu, pandangan dan nasihat, teguran dan tunjuk ajar semuanya penuh makna.Pasti KAU tahu apa yang ibu inginkan.Biarlah titis air mata ini semata-mata mendakap kejayaan kamu dan bukanlah meratapi kegagalanmu.
Jadilah anak yang sentiasa cuba untuk memberi senyuman dan menjadi kebangaan dalam sisa-sisa hayat ibu yang masih ada ini.Sedarlah doa ibu sentiasa mengiringi setiap langkah perjalanan hidup mu.
Ingatlah....setiap ketenangan dalam hidup adalah dari pemberian penuh makna dari seorang anak dalam kejayaannya untuk dikongsi dan diratapi oleh ibunya.
Sesungguhnya SYURGA ITU DI BAWAH TAPAK KAKI IBU...

Kasih dan sayang itu tak semestinya nampak di mata...mudah diluah dengan kata-kata...sebenarnya ia unik kiranya kita tahu ia dimana dan bagaimana menilainya.

Lagu Nostalgia Zaman Sekolah

Bila Rindu Kusebut Namamu

Tanpa ku sedar aku tersebut namamu
Mengapakah hanya dengan tiba-tiba
Aku pun menjadi rindu
Dan wajahmu ku terbayang
Adakah engkau pun begitu..... merindu
,
Bila ku rindu aku tersebut namamu
Bila ku resah ingin rasa ku bertemu
Aku jadi tak menentu menunggu kehadiranmu
Mengapakah lama hilang tanpa berita

Apa khabarmu di sana kekasihku,
Semoga engkau tak lupa padaku
Jangan biar ku merindu
Jangan biar ku tertunggu
Sepinya di hatiku menunggumu

Bila ku rindu aku tersebut namamu
Di dalam mimpi aku dibelai olehmuI
ndah sungguh percintaan
Indahnya berkasih sayang,
Betapa aku merindu kepadamu.......

Tu lah dia zaman sekolah dulu-dulu.Disuruh mak dan ayah belajar pandai-pandai...lain keje dibuatnya.Alah..zaman tu mana nak ingat beban yang bakal ditanggung seperti mak ayah kita.Yang tahu..cuma ingat nak seronok jer.Sapa yang tak pernah dikejar zaman cinta monyet waktu sekolah.......semua orang ada nostalgianya tersendiri.Gitu gak aku.
Bila terdengar lagu tu berkumandang sekarang ni....aku pasti tersenyum sendiri.Lirik nya menyentuh....dan lirik lagu dulu-dulu ngan sekarang banyak beza.Lagu ni pernah jadi lagu TOP zaman 80an, masa aku sekolah ler tu...