SELAMAT HARI JADI SAYANG....
Hari ini adalah hari ulang tahun anak sulong aku..Ady.15 tahun dia sekarang dan dia semakin membesar dan gagah...(Anak Bujang).
Hensome ke anak ibu ni...ntah lah tak nak komenlah pasal muka dia pun dah mula naik jerawat.Biasalah anak lelaki mana pandai sangat menjaga muka lagi2 usia meningkat remaja ni, dah dibelikan abahnya bermacam-macam produk...hampeh... cam tu gak.Tak kisah lah...pandailah dia bila lagi besar nanti.
Along....
Tiada hadiah yang special sangat pun yang dapat ibu berikan sempena hari ulang tahun along yang ke15 ni...
Ibu bersyukur kepadanya kerna telah dikurniakan anak seperti along.Ibu boleh berbangga dengan along seperti ibu-ibu lain yang merasa bangga dengan anak mereka.
Ingatlah dan jadikan pedoman dan panduan segala nasihat yang tidak jemu-jemu ibu curahkan untuk dibawa bersama dalam langkah-langkah menyusur kehidupan mencabar.
Renungkanlah:
1-Jangan suka meninggi suara atau mengherdik adik-adik kerana dia adalah saudaramu dan hartamu yang tiada ternilai harganya walaupun ibu masih ada. Berilah nasihat yang berguna agar dia dapat membantumu suatu hari nanti.
2-Jangan suka menipu orang lain ataupun diri sendiri kecuali menipu itu untuk kebaikkan.
3-Selalu menghormati dan menghargai orang lain dan kita juga akan dapat merasai di hormati dan di hargai suatu hari nanti.
4-Berpegang pada janji dan jagalah sentiasa segala kepercayaan yang orang lain berikan kerana setiap kepercayaan yang diberi itu adalah penghormatan.
5-Jangan suka bangkitkan kemarahan orang kerana kemarahan punca kebencian.
6-Jangan pandang rendah pada kelemahan kita tapi renungkan dan jadikan kelemahan yang kita ada itu untuk kita lebih berusaha.
7-Hargai segala kasih sayang yang kita ada kerana hidup dengan kasih sayang buatkan kita bahagia.
KASIH SAYANG SEORANG IBU TIADA TERNILAI HARGANYA...
Tidak boleh dinilai dengan kata-kata
Tidak boleh dinilai dengan harta
Tidak boleh dinilai dengan air mata
MEMBERI KETENANGAN DAN KEBAHAGIAAN DI MATA IBU....AKAN MEMBERI KITA KEBAHGIAAN DAN KETENANGAN HINGGA HUJUNG NYAWA.
Kepentingan Air Pada Tubuh Badan
6 years ago


0 comments:
Post a Comment