KeNAnGan BeRsAMa KEluArGa

Hari ni sesungguhnya aku tidak merancang pun untuk kemana-mana kerana aku telah diminta untuk datang bekerja pada awalnya.Tapi...angin malas datang tetiba jer.Kebetulan Abg Sayang pun lebih menggalakkan aku berada bersama dengan keluarga hujung minggu begini. Pernah terbaca tentang Paya Indah Wetland yang terletak di daerah Kuala Langat...Dengkil. So aku dan family pun kesana...tak kiralah apa tempatnya..asalkan dapat gunakan masa sepenuhnya bersama mereka. Anak-anak cukup girang, bebas lakukan apa saja kerana pada ketika itu tidak ramai pengunjung yang datang. Selain dari suasana sejuk mata memandang,terdapat juga kolam buaya, kolam itik, Ladang kuda dan berbagai-bagai lagi tarikan yang mampu membuatkan pengunjung begitu menghayati keindahan ciptaan tuhan. Di samping itu pengunjung juga boleh beridah dengan meniki basikal mengelilingi kawasan Paya Indah Wetlands ini.

Ada juga chalet-chalet yang didirikan di sekitar kawasan Paya Indah Wetlands ini bagi sesiapa yang gemar menikmati keadaan di waktu malam di sini. Macam-macam daya tarikan boleh didapati di sini, yang paling best bagi aku ialah sekeluarga Badak Air yang terdiri daripada 3 ekor badak air cukup menggamit perhatian pengunjung. Salah seekor yang aku ingat bernama Kundra! Tapi yang paling teruja ketika di sana adalah ketika berada di kawasan kolam Buaya Tembaga.Bila sahaja mendengar suara kanak-kanak bermain dan berlari, beberapa ekor buaya tanpa disedari datang menghampiri.Walaupun kolam telah pun di pagari dengan cukup baik, namun perasaan terkejut tidak dapat digambarkan. Bagaimana buaya begitu teliti dan cekap menangkap mangsanya...adalah dari azali lagi. Hari masih awal dan sebelum pulang kami sekeluarga sempat singgah diPutrajaya.Tempat ni memang orang ramai biasa pergi tapi bagi aku tidak...kami dah lama tak menjejakkan kaki kesini.Kali terakhir adalah ketika adanya pertandingan bunga api antarabangsa yang lalu.Saja singgah untuk merakamkan gambar untuk KENANGAN BERSAMA KELUARGA.

0 comments:

Post a Comment